Daisypath Anniversary tickers

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

..my precious bunga..

Lilypie Breastfeeding tickers

Friday, August 5, 2011

Thursday, August 4, 2011

JUADAH BERBUKA..

wah, bulan pose ni giat pulak buat entry...hahaha, entry pasal makanlah...ari ni masuk hari keempat pose..n rekod ag ni, juadah berbuka smua masak sndr...blum ag tinggalkan jejak di pasar ramadhan [nk bangga seketika tuk diri sendri bolehtak??yelah, balik keja memang badah lepek gile mcm agar2 tapi managed tuk masak gak]...masak yg simple je tapi penuh ngan kasih sayang...wiwit

Tuesday, August 2, 2011

SAJIAN BERBUKA

hahaha...salam ramadhan semua..



setelah berminggu tidak berentry, hari ini ku terlebih rajin..



musim puasa, entry pun berbaur puasa gaklah, nk tunjuk sajian berbuka semalam...lauk yg simple sbb sndr yang masak setelah pulang dr keje dengan mode melepek seperti agar-agar...hahaha, berpuasa dan menyusu amat meletihkan...tp inilah cubaan..

so, lauk berbuka semalam..ikan masak kicap, sawi jepun tumis [sayur ni mmg favourite en suami, kalu suh g pasar beli sayur...sayur ni jelah yg dibeli] dan pencuci mulut buah melaka warna merah..sbb malas nk beli pandan n blend bagai, so, kite bubuh je pewarna yg available kt umah...mcm tak percaya smpat gak wat buah melaka tu..tp mmg penat gilelah...dok kat dapur start kul 5.30 smpai kul 7.20...siap masak, capai tuala mandi..siap mandi lelas lelah smbil nenen si kecik...waduh!!ibu yg berjaya sungguh...hahaha

ckp banyak pun tak guna...



Wednesday, July 6, 2011

MALAS

saya bukan penulis blog tegar seperti cik GB, [maaf, saya hanya mention satu nama saje sbb saya malas...hahaha]..walaupun kadang2 ade benda yang hendak dicoretkan, tp sy tetap malas...tapi baca blog org saya sangat rajin, terutama sekali bila saya malas nak buat keje di waktu office hour [kesimpulan dapat dibuat, BALKIS PEMALAS ORANGNYE...tapi sy rajin nak jahit manik, sbb saya suka!!!plus, boleh tambah duit...sy dah punye azam, duit tempahan manik musim raya tahun ini akan saya leburkan di habib jewels...hahaha]




hari ini merupakan hari ketiga in a row saya malas nak wat keje ofis, sy tak tau virus ape yg sedang melanda saya ketika ini..ada kalanye saya terasa seperti makan gaji buta sahaja...dalam fikiran saya pada ketika ini hanyalah JAHIT MANIK dan QALLISHAH NOUR CHEMPAKA....


budak ini sangatlah lasak...dok kat umah macam cacing kepanasan yang tak boleh duduk diam walaupun sesaat...bergerak, bergerak dan bergerak...bila tv ader jingle iklan yang best, maka kepala akan turut bergoyang..kadang2 bila dengar bunyi lesung batu jiran, dia akan bergoyang kepala jugak...hahaha

my recent hasil keje...dalam jira wagaku meronta untuk menjahit...hahaha












Tuesday, May 31, 2011

WARNA-WARNA KEHIDUPAN....

merah, biru, kuning, hijau
macam kaler rumah sukan plak kan... hahaha
tanpa depa,

hidup kite mesti dull je rase..

kalu dull kite tak gembira

tapi yang pasti hidup abang jem aka salleh yaakob mesti tengah berbunga gumbira..

yelah, semalam kan dia mencukupkan koata...

(ntah ape kena mengena entry ni ngan salleh yaakob????)


just nak bagtau..

HARI NI ANNIVERSARY KAMI YANG KEDUA...


tadi saya pakse en. suami tuk lunch date ngan saya...hahaha

kami makan di restaurant Colliseum..

western food, so rasenye kat mane2 pun rase same je...cuma arga je lain..

nape sy yang banje???

sbb sy nak minta en suami belikan saya vacum cleaner...

vacum cleaner vs bil restaurant colliseum..

mestilah bil makan yg ag murah kan???hehehehe


sesungguhnya, saya isteri yang bijak...yelah, en suami beli tayar drift tak berkira..

takkanlah belikan ape yg isteri nk nak berkira plak kan???

ag pun tuk kegunaan umah...



RENUNG-RENUNGKAN...SELAMAT BERAMAL!!

INGATAN UNTUK DIKONGSI BERSAMA..
tak salah kalau kita saling ingat mengingati..manusiakan sering alpa...

1. Mulakanlah hidup anak anda dengan nama panggilan yang baik. Nama panggilan yang kurang baik akan menyebabkan anak anda malu dan merasa rendah diri. (Dalam Islam sendiri nama panggilan yang baik adalah digalakkan).
2. Berikan anak anda pelukkan setiap hari (Kajian menunjukkan anak yang dipeluk setiap hari akan mempunyai kekuatan IQ yg lebih kuat daripada anak yang jarang dipeluk)
3. Pandanglah anak anda dengan pandangan kasih sayang (Pandangan ini akan membuatkan anak anda lebih yakin diri apabila berhadapan dengan persekitaran)
4. Berikan peneguhan setiap kali anak anda berbuat kebaikan (Berilah pujian, pelukkan, ciuman, hadiah ataupun sekurang-kurangnya senyuman untuk setiap kebaikan yang dilakukannya).
5. Janganlah mengharapkan anak anda yang belum matang itu melakukan sesuatu perbuatan baik secara berterusan, mereka hanya kanak-kanak yang sedang berkembang. Perkembangan mereka buatkan mereka ingin mengalami setiap perkara termasuklah berbuat silap.
6. Apabila anda berhadapan dengan masalah kerja dan keluarga,pilihlah keluarga (Seorang penulis menyatakan anak-anak terus membesar. Masa itu terus berlalu dan tak akan kembali).
7. Di dalam membesarkan dan mendidik anak-anak, janganlah tuan/puan mengeluh. Keluhan akan membuatkan anak-anak merasakan diri mereka beban.
8. Dengarlah cerita anak anda, cerita itu tak akan dapat anda dengari lagi pada masa akan datang. Tunggu giliran anda untuk bercakap (Ini akan mengajar anak anda tentang giliran untuk bercakap)
9. Tenangkan anak anda setiap kali mereka memerlukannya.
10. Tunjukkan kepada anak anda bagaimana cara untuk menenangkan diri. Mereka akan menirunya.
11. Buatkan sedikit persediaan untuk anak-anak menyambut harijadinya. Sediakanlah hadiah harijadi yang unik walaupun harganya murah. Keunikan akan membuatkan anak anda belajar menghargai. (Anak2 yg dtg daripada persekitaran yang menghargai akan belajar menghargai orang lain).
12. Kemungkinan anak kita menerima pengajaran bukan pada kali pertama belajar. Mereka mungkin memerlukan kita mengajar mereka lebih daripada sekali.
13. Luangkanlah masa bersama anak anda diluar rumah, peganglah tangan anak-anak apabila anda berjalan dengan mereka. Mereka tentu akan merasa kepentingan kehadiran mereka dalam kehidupan andasuami isteri.
14. Dengarlah mimpi ngeri anak-anak anda. Mimpi ngeri mereka adalah begitu real dalam dunia mereka.
15. Hargailah permainan kesayangan anak anda. Mereka juga dalammasa yang sama akan menghargai barang-barang kesayangan anda. Elakkan daripada membuang barang kesayangan mereka walaupun sudah rosak. Mintalah kebenaran mereka sebelum berbuat demikian.
16. Janganlah membiarkan anak-anak anda tidur tanpa ciuman selamat malam,
17. Terimalah yang kadangkala anda bukanlah ibubapa yang sempurna. Ini akan mengurangkan stress menjadi ibu bapa.
18. Jangan selalu membawa bebanan kerja pejabat ke rumah. Anak-anak akan belajar bahawa kerja pejabat selalunya lebih penting daripada keluarga.
19. Anak menangis untuk melegakan keresahan mereka tetapi kadangkala cuma untuk sound effect sahaja. Bagaimanapun dengarilah mereka, dua puluh tahun dari sekarang anda pula yang akan menangis apabila rumah mula terasa sunyi. Anak-anak anda mula sibuk mendengar tangisan anak mereka sendiri.

Thursday, May 5, 2011

CONVERSATION..

gula tak???heheheh




























































tanpa ada sebarang edit ejaan


dari saya:
YANG..TAHU TAK KITE DAH KAHWIN 1 TAHUN 11 BULAN 5 HARI??LOVE U!!






reply dari dia:

SY SYG AWK.SY SYG KLUARGA KITA.MUDA2HAN SMPI AKHR HYAT.AMIN